Jumaat, 28 Ogos 2009

SUNGKAI DI GERAI PONET




Alhamdulillah puasa pada hari ke 7 berbuka di gerai ponet yang mana telah dirancang oleh warga kusnet dan sam beberapa hari yang lalu. Sekali lagi lokasi ini menjadi tumpuan terutamanya ahli-ahli kusnet dan sam sambil berbuka puasa sambil berbincang beberapa masalah yang ingin diselesikan dan aktiviti yang bakal mendatang.

Sekali sekala berbuka puasa dengan rakan-rakan amat menyeronokkan, apatah lagi juadah yang terhidang di atas meja cukup menyelarakan. Sememangnya banyak gelagat-gelagat yang mencuit hati apabila berkumpul dan sama-sama menjamah juadah yang terhidang, begitu juga masa makan dan selepas makan, ‘faham-faham sajalah’ bagi mereka yang kaki rokok inilah masa yang ditunggu-tunggu.

Semoga hari-hari yang mendatang akan ada lagi aktiviti seperti ini tidak kira bulan puasa atau hari-hari yang lain demi mengheratkan silaturahim dikalangan rakan-rakan kusnet dan sam seterunnya rakan-rakan yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan