Selasa, 26 Mei 2009

HARI GURU SK TANDEK






Sambutan hari guru selalunya diadakan bermula dari peringkat kebangsaan,negeri,daerah dan sekolah-sekolah pada bulan Mei hingga Jun. Bagi Sk Tandek tidak terkecuali untuk menyambut hari guru peringkat sekolah yang dijadikan acara tahunan tersebut. Pada 26.05.2006 selasa berlangsungnya majlis sambutan hari guru yang mana di rasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah diwakili oleh Cikgu Jidin Jenaun.

Antara acara-acara yang dimuatkan sempena hari guru Sk Tandek pada tahun ini adalah Ikrar guru, Anugerah tokoh guru, Nyanyian hari guru KAMI GURU MALAYSIA dan lagu tema GURU MEMBINA NEGRA BANGSA dan Persembahan pelajar Action Song. Antara yang hadir adalah dikalangan ahli jawatankuasa PIBG, para ibubapa dan pelajar sekolah. Anugerah tokoh guru 2009 di berikan kepada Cikgu Majinau b. Injawan yang telah bersara wajib dan berkhidmat di Sk Tandek sehingga bersara.

Visi Sk Tandek akan menjadikan sekolah gemilang di daerah Kota Marudu menjelang 2012. Syabas dan tahiah kepada guru besar encik Abd. Rahman Hj. Odis dan warga pendidik Sk Tandek atas jasa bakti yang telah dicurakan selama ini demi Membina Negara Bangsa.

Ahad, 24 Mei 2009

UDANG GALA GERGASI






Udang Gala, inilah simbol atau mercu tanda daerah Beluran, Minggu lalu saya jalan-jalan cari makan ke bahagian Sandakan sebelum sampai bandar Sandakan singgah dulu ke pekan beluran lebih kurang 32km dari simpang jalan Labuk. Pekan Beluran tidaklah besar sangat ianya terletak ditepi sungai yang besar. Cara kebetulan hari tersebut hari minggu ramailah orang dikawasan tapak tamu dan sekitar pekan.


Rombongan kami terus kepasar ikan untuk melihat dan membeli udang galah namun ada satu meja sahaja yang menjual udang galah tak banyak, kata penjual “belum musimnya lagi”. Apa boleh buat beli saja yang ada. Rasa-rasanya apa bila melihat udang gala yang besar tu terfikir pula nak memancing udang di sungai Beluran ni manalah tau.. atau di sungai Bingkoka Pitas pun jadilah.


Sabtu, 16 Mei 2009

SELAMAT HARI GURU


BUAT GURU SMK TANDEK DAN SELURUH MALAYSIA

GURU OH GURU


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Pertandingan Memancing di Dataran Bingkoka





16 Mei 2009 berlangsungnya pesta air di Dataran Bingkoka, antara acara yang menarik perhatian pertandingan bot laju, perahu berhias dan memancing. Saya adalah diantara 180 orang perserta memencing di tepi laut teluk Marudu, seawal jam 7 pagi lagi peserta memancing telah mendaftar dan memilih tempat, bayangkanlah ruang tempat memancing sempit dan berbatu macam-macam boleh berlaku.


Semasa memancing air laut mula pasang dan cuaca agak panas, namun ikan yang berjenama tidak ada. Ikan pertama yang naik adalah belut laut(kesili) kemudian anak ikan batu ala-ala kerapu(lepuh) dan beberapa jenis kategori ikan batu. Masa yang diperuntukan anya 3 jam sahaja, sukar nak dapat ikan berjenama, sudah sememangnya memancing ini tertakluk pada nasib dan usaha masing-masing.


Peserta terdiri daripada kakitangan kerajaan dan orang awam, tua dan muda, lelaki dan perampuan, kurus dan gemuk, mat rempit dan mat bola dan kebanyakanya luar dari daerah pitas. Dalam 180 anya 10 yang bernasib baik akan mendapat hadiah yang lumayan berdasarkan hasil tangkapan.


Kepada kaki pancing buatlah persatuan pancing(joran) daerah Kota Marudu agar program memancing ini dapat dianjurkan setiap apa jua perayaan di kawasan kita kerana aktiviti seperti ini banyak faedah dan menafaatnya pada golongan muda.




Jumaat, 15 Mei 2009

Felix Agus AF3 di SMK Tandek






Sambil melawat sambil mempromosi album baru beliau “AKU JUGA IYA” itulah felix Agus Naib Johan AF3. 15 Mei 2009 jam 1.00pm beliau tiba di SMK Tandek atas undangan Kelab Muzik sekolah, pelajar mengambil kesempatan untuk bergambar dengan artis astro ini “bila lagi ini lah kesempatan bergambar dengan artis” kata-kata pelajar.

Warga guru semekta juga tidak ketinggalan untuk membeli cd album baru felix dan bergambar bersama-sama, beliau juga sempat menyanyi beberapa rangkap lagu semut merah secara life di bilik guru. Beliau cadangan akan kembali ke SMK Tandek untuk mengembangkan Pan Club beliau di Kota Marudu. Warga Semekta mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian Felix datang ke Semekta.

SETITIS DARAH SEJUTA HARAPAN



Persatuan Penderma Darah Malaysia (komuniti Perdarah) Kota Marudu telah ditubuhkan pada 08 Mac 2009 yang dinaungi oleh Pegawai Daerah Kota Marudu dan Pengerusinya Sdr. Androd Sadian. Program pertamanya pada 11 Mei 2009 di dewan komuniti daerah Kota Marudu sempena Pesta Menuai.

Seramai 48 penderma sukarela dalam program pertama perdarah KM 2009 ini. “aramaii juga bah”. pelbagai hadiah dan cenderakenangan diberi kepada para penderma, Perdarah juga memberi hemper kepada beberapa kategori penderma iaitu paling muda dan tua, darah susah diperolehi contoh AB dan berbagai-bagai lagi.

Turut melawat program tersebut ialah YB. Datuk Max, YB. Puan Anita, YB. Sarapin, Ybh Tuan Pegawai Daerah, Ketua UMNO Bahagian, PKR, mantan ratu 2008 dan ramai lagi pemimpin mesyarakat semata-mata memberi sokongan terhadap program Perdarah yang dianggap aktiviti amal yang terbaik dan amat bermakna.

Tahiah kepada semua ajk pelaksana Perdarah dan para penderma, semoga segala amal baik yang telah diberikan mudah-mudahan diberkati Tuhan.

Isnin, 11 Mei 2009

JOM MEMANAH





Cuba sekali nak lagi.. Seronok juga memanah ni bikin ketagih juga, sempat mengunjungi gerai pameran Persatuan Memanah Sabah sempena pesta menuai di padang Kota Marudu pada 10hb lalu sambil mencuba memanah, rasanya kali pertama ianya di pemerkan di Kota Marudu dan Persatuan Memanah Sabah membuka cawangannya di Kota Marudu sekarang.

Macam-macam panah ada dari harga 1000 hingga 7000 ringgit, ada untuk sport dan juga hunting. “Macam mahal tau ini game, alat pun mau ribu-ribu macam juga main golf”, tapi kalau sudah minat mahal atau murah bukan penghalang. Jom masuk ahli memanah Kota Marudu, yuran seumur hidup rm 200, ahli biasa rm30 tahunan 20, ahli bersekutu rm60 tahunan rm60 dan ahli remaja rm10 tahunan rm5. Untuk keterangan lanjut bolehlah hubungi 0145553146.

Bagi mereka yang tiada game jom masuk perseatuan memanah, game ini mula aktif di Kota Marudu tahun ini dan kawasan memanahnya sekitar pekan Kota Marudu. Tatap 3 bulan latihan boleh sudah masuk mana-mana pertandingan memanah. Jom memanah….

Jumaat, 1 Mei 2009

salam buat pelajar tua sk tandek




SALAM BUAT PELAJAR TUA SK TANDEK


Salam buat mu para Guru,peguam,kontrakor,jururawat,nelayan,petani

Salam buat semua

Kau menyusuri jalan-jalan

Kau terbang keawan biru

Kau renangi lautan

Kau redah segala hutan

Kau bina sebuah keluarga

Kau bina sebuah kehidupan cemerlang

Kau berjaya dalam kehidupan


Jangan lupa padaNya

Jangan lupa SK Tandek

Jangan kau tinggalkan asas mu

Jangan ku lena keadaan mu


Dari sini kau bermula

Tutur,baca dan tulis

Hormat menghormati

Kejayaan dan berjaya mu

Semua dari Sekolah tua ini

Bermula dari SK Tandek


Salam buat mu Pelajar tua

Salam buat semua.