Khamis, 11 Jun 2009

UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA

salam buat UMNO Induk
salam buat Pergerakan Wanita UMNO
salam buat Pergerakan Pemuda UMNO
salam buat Pergerakan Puteri UMNO
Selamat bersidang pada semua warga UMNO P.168 Kota Marudu.

Isnin, 1 Jun 2009

PESTA GETAH KG. MANGIN







Perayaan Pesta Getah Kampung Mangin memulakan satu pesta baru di Kota Marudu, walaupun pesta ini anya wujud di kampung-kampung namun kemeriahan tetap sama dengan pesta kaamatan. Di Kg. Mangin pesta ini diadakan oleh kerana hampir 90% penduduknya penoreh getah. Penduduk Kg. Mangin ramai berbangsa Dusun Tobilung dan mukabuminya yang bebukit bukau membuatkan mereka lebih senang dengan pertanian (menanam getah) dan sara diri.

Pesta Getah pada tahun 2009 ini dengan tema "Getah Sumber Pendapatan Harian" disambut dengan meriah, banyak acara yang dilangsungkan antara acara yang menarik adalah ratu getah,ratu getah kanak-kanak,ratu ibu, pertandingan menoreh pokok getah, getah kentalan, merentas desa( kebun getah) dan berbagai-bagai acara.

Kita berharap ada lagi kampung yang menganjur pesta getah akan datang agar mesyarakat setempat dapat mengeratkan lagi silaturahim, perpaduan dan mempelbagikan hasil pokok getah . Semua ini adalah untuk genarasi muda akan datang.



BINALAH SEMULA ASTAKA KAMI!!!!










Selaku warga tandek saya berbangga adanya kemajuan pembangunan di sekitar pekan tandek kita. Jam 2.09pm 30 Mei 2009 saya terdengar bunyi seperti guruh dilangit tapi matahari masih menyinar terik, apabila melihat diluar ada sesuatu yang tidak diduga berlaku yang tidak telintas dalam fikiran akan berlaku, “aduuuuh apa sudah jadi””kenapa ia tumbang sekelip mata” dalam fikiran bermain, adalah yang tak kena ni , masakan pokok bergoyang kalau tiada angin.


Bagimana ia boleh berlaku? Dimana silapnya? Siapa yang bertanggunjawab? Kekecewan warga tandek bertambah lagi belum abis yang lain timbul pula yang baru “aduuuuh”. Tolonglah bina semula astaka kami ini! Kami sangat memerlukanya.