Tahiah diucapkan kepada pemian bola tampar MSKPPM KM 2009:- Bolo,saimin,yusni,liew,rizal,manan,sabran,jamil,anton,dahlan,ady,sofian dan wan.
Rabu, 29 Julai 2009
PASUKAN SUSAH SANANG
Tahiah diucapkan kepada pemian bola tampar MSKPPM KM 2009:- Bolo,saimin,yusni,liew,rizal,manan,sabran,jamil,anton,dahlan,ady,sofian dan wan.
Isnin, 27 Julai 2009
POKOK RUMBIA
Minggu lalu sempat singgah ke sebuah kampung di daerah beaufort, kampung kebajang selepas kampung Gadung, melihat cara membuat sagu atau ambuyat. Cara ini bukan tradisional tapi campur -campur cara sediri.
Isnin, 20 Julai 2009
RADIO KITA [ utara.fm
Rasanya baru pertama kali saya bersiaran, meminta lagu dalam radio online ni. Tahniah kepada yang terlibat dalam pengujudan radio online sabahan [utara.fm]. Siapa kata kita tidak boleh membuat seuatu yang belum pernah orang lain buat, jelas dan terbukti rakan-rakan SAM boleh melakukannya. Tunggu dan lihat mungkin ada lagi benda baru akan muncul dalam online SAM.
Utara.fm bukan saja menyiarkan lagu-lagu tapi info terkini dari sekitar utara sabah. Utara.fm juga mempunyi penyampai [ DJ ] jarak dekat dan jarak jauh itulah kelebihannya dan kelainan dari radio yang ada ditanah air kita.
Kalau lah boleh saya mencadangkan tambah liputan berita, iklan dan info sukan sekitar Kota Marudu dan Pitas pun jadilah.
"KITA BOLEH BAH"
Ahad, 19 Julai 2009
Mencari Pemimpin Yang Berkualiti
Amatlah mustahil sesebuah masyarakat boleh wujud tanpa adanya pemimpin. Penilaian yang obejktif ke atas kualiti pemimpin tercapai apabila individu berkenaan mampu menunaikan tugas dan amanah yang dimandatkan di bahunya. Persoalanya, apakah kriteria itu diambil kira sepenuhnya dalam menentukan seseorang pemimpin?
Sebenarnya, seserang pemimpin bukan setakat berkebolehan, berpendidikan dan diterima rakyat, akan tetapi harus mempunyai prinsip perjuangan yang jelas lagi tegas.
Mungkinkah saudara akan jadi pemimpin berkualiti untuk memimpin keluarga, masyarakat, rakyat dan negara? tidak mustahil... tepauk dada tanya selera.
PERMAINAN DULU HINGGA SEKARANG
Terkenang semasa zaman kanak-kanak dulu bermacam-macam permainan tidak kira masa sekolah atau diluar sekolah dalam fikiran asik bermain saja. Bermain membuat hati kita dizaman kanak-kanak rasa gembira dan seronok, kadang-kadang pandai juga marah kerana kalah.
Permainan-permainan ini tidak dianggap pertandingan tapi ada kalah menangnya, tambah seronok kalau menang cerita kemenangan berlarutan hingga 2 3 hari heheheee…. Seronoknyaa…
Terkadang permainan-permainan ini bermusim di suatu-suatu tempat dan ada permainan khas untuk lelaki sahaja begitu juga dengan perampuan, ada kalanya bermain bersama-sama.
Antara permainan yang paling digemari ketika dulu di kampung-kampung ialah
1. main guli
2. main tinting
3. main getah bulat/pasat/zero point
4. main biji getah
5. main simban
6. main lo lopong
7. main tapuk-tapuk
8. main kayu tiga
9. main gala panjang
10. main tutup-tutup mata
11. main round das
12. main layang-layang
13. main kombet-kombet
macam-macam lagi permainan,kawan-kawan ingat sendirilah apa permainan dizaman kanak-kanak dulu. Apa pun kenangan tetap kenangan, jangan kita lupa bahawa dizaman kita dulu kawan,sahabat,rakan,saudara itulah yang kita cari sebenarnya. Tidak salah kalau kita mengajar anak-anak kita bermain seperti mana kita dizaman kanak-kanak dahulu.