Isnin, 7 Disember 2009

Rabu, 4 November 2009

Renungan Bersama



"Sesiapa yang merasa marah tetapi dia tidak meluahkannya maka dia seumpama keldai dan sesiapa yang merasa redha terhadap sesuatu tetapi dia tidak dapat menerimanya maka dia seperti syaitan yang mana redha dengan ketuhanan Allah tetapi tidak mahu tunduk pada perintahnya."

"Keredahan manusia sukar untuk engkau capai dan bukanlah bermakna selamat dari lidah manusia sudah boleh dianggap sudah mencapai jalan kepada mendapat keredhaan mereka. Oleh itu engkau hendaklah melakukan perkara yang bermanfaat kepadamu dan sentiasalah berbuat demikian."

Imam Syafie...

Khamis, 1 Oktober 2009

Majlis Rumah Terbuka

Beraya bersama dengan bakal angkasawan negara yang ke 2 Kapten Dr. Faiz Khalen di dewan komuniti Kota Marudu sempena Majlis Rumah Terbuka YB Ahli Parlimen P. 168 Kota Marudu dan YB Ahli DUN 5 Tandek. Beliau di jemput oleh YB Menteri untuk bersama dengan masyarakat di Kota Marudu sempena majlis tersebut.

Ahad, 27 September 2009

MAJLIS MESRA AIDILFITRI








Majlis Mesra di Aidilfitri menghertkan lagi hubungan sesama keluarga, jiran-jiran dan rakan taulan. Bagi saudara Dinakan majlis ini amat bermakna dan kenangan yang tidak dapat dilupakan yang mana kehadiran YB Puan Anita Baranting Dun 5 Tandek turut sama dalam majlis tersebut dengan penduduk kampung Marasinsim, saudara mara, rakan-rakan dan ahli-ahli SAM, KUSNET dan Utara.fm bagi memeriahkan majlis tersebut. Majlis sebegini juga dapat merapatkan hubungan antara pemimpin dengan rakyat dan rakyat bersama pemimpin.

Majlis Mesra Aidilfitri Di Marasinsim Villa
25/09/2009
Di perkarangan rumah Dinakan

MESRA DI AIDILFITRI DI SALIMANDUT






Budaya kunjung mengunjung dan bersedekah di hari dan bulan yang baik ini amatlah dituntut oleh agama. Budaya beginilah yang merapatkah kita dengan keluarga dan sahabat andai tanpa mengira latar belakang kaum dan agama. Sempena Hari Raya majlis Mesra Aidilfitri telah berlangsung di Kampung Salimandut bersama Ketua UMNO Bahagian Kota Marudu dengan penduduk setempat.

Mesra Di Aidilfitri Kampung Salimandut
25/09/2009
Di Perkarangan Rumah Pegawai Khas Ketua UMNO Bahagian Saudara Benson Tuyundo.

Khamis, 24 September 2009

Raya Express Di WP Labuan


rumah ke 2 yang dikunjung


rumah ke 3


rumah ke 9


rumah ke 10



rumah ke 13 terakhir.


Perancangan raya pada tahun ini tercapai walaupun express kata orang, Raya yang ke 4 di WP Labaun distenasi yang terakhir walaupun express jam 1.20pm sampai dan keesokan paginya jam 7.30am pulang ke kota Marudu semula dan sempat beraya 13 buah rumah sahaja mungkin yang lain pada tahun hadapan Insyallah...



Selasa, 22 September 2009

Beraya Di Kampung Kebajang Baeufort






Suasana raya dari daerah dengan daerah lain memang ada perbezaan dan kelainanya. Saya sempat merakam beberapa gambar semasa beraya dari rumah ke rumah pada hari raya yang ke 3 di kampung Kebajang Beaufort, suasana berkunjung menjadi acara yang utama di kampung ini, hinggakan dalam sebuah rumah 1 hingga 5 keluarga berkunjung sekali gus bayangkan betapa sibuknya tuan rumah dan terujanya hati dan perasaan mereka, saya telah mengunjung 10 buah rumah dalam masa 2 jam, kemesraan tetap terpancar diwajah yang dikunjingi apatlagi kanak-kanak. Masa mungkin tidak mengizikan saya dengan keluarga untuk berkunjung lebih kurang 60 buah rumah lagi kerana ramai lagi keluarga terdekat yang mesti dikunjungi di labuan. Apa pun pengalaman beraya di kampung ini dan kampung berdekatan amat menyeronokan dan memenatkan lebih-lebih lagi perut dan mulut.

RAGAM RAYA BERSAMA KELUARGA


Bersama keluarga adik-beradik dan Ibu Bapa yang tersayang.


Bersalaman dengan semua keluarag.


Acara yang ditunggu-tunggu oleh khususnya kanak-kanak.


keluarga beraya di rumah keluarga terdekat.


"Ikut barisan!!!!!! kalau mau ampau"

Suasana raya bersama keluarga yang pastinya jadi ingatan dan bualan akan datang oleh anak dan sanak sudara. Menjelang 1 syawal semua umat islam didunia menanatikanya, yang pasti kita di Malaysia amat mengamalakan budaya silaturahim sesama keluarga akan menjadikan 1 syawal amat meriah dan bermakna. Tahun ini saya dan keluarga merancang beraya ke Papar, Beaufort dan WP Labuan, agak-agak dalam 50 buah rumah tidak termasuk rumah bapa.... "pok amapau konon". Walaupun agak jauh dan memenatkan namun itu bukan penghalang untuk bertemu dengan keluarga dan sahabat andai.

Jumaat, 18 September 2009


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

1 RAYA
1 MALAYSIA

Rabu, 16 September 2009

MAJLIS TADARUS AL QURAN


Majlis Tadarus Al Quran Anjuran Bersama Badan Masjid Jamek Pekan Lama, UMNO Bahagian Kota Marudu dan KRT Marudu di Masjid Jamek Pekan Lama.




Turut menyampaikan cenderakenangan kepada ahli-ahli tadarus iaitu Pengerusi Masjdi Pekan Lama Tn Hj Md. Yaakub Hj. Talib, Pengurus Wilayah Kudat (Safoda) Tn Hj. Ismail, Pengerusi KRT Marudu sdr, Abu Bakar Abd. Rashid dan Bendahari UMNO Bahagian Kota Marudu Sdr. Bidin Piok.


Selepas bertadarus para hadirin berbuka puasa bersama-sama dan bertarawih. Program diteruskan dengan tahlil sempena Hari Malaysia 2009.

Selasa, 15 September 2009

kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan


Penyampaian wang zakat daripada Pegawai Bank Rakyat Likas Kota Kinabalu kepada salah seorang ibu pelajar SK Tandek.


Kaum ibu dan bapa yang mewakili anak masing-masing dalam majlis penyerahan wang zakat daripada Bank Rakyat


Tiada kata yang dapat diucapkan melaikan bersyukur kepada ALLAH SWT dan berterima kasih kepada Bank Rakyat kerana memilih SK Tandek dan pelajarnya yang memerlukan bantuan untuk sama-sama menikmati bulan ramadhan dan syawal.

Kecil Tapak Tangan Nyiru Kami Tadahkan, semoga segala amal yang dibuat oleh Bank Rakyat mendapat rahmat dari ALLAH SWT.

Selasa, 8 September 2009

Majlis Berbuka Puasa UMNO Bahagian bersama Yayasan Sabah.






Program berbuka puasa dan Tarawih di surau Kg. Tigaman anjuran bersama Yayasan Sabah dan UMNO Bahagian P.168 Kota Marudu

Ahad, 6 September 2009

Majlis Berbuka Puasa Bersama Ketua UMNO Bahagian

Ybhg Wetrom Bahanda memberikan ucapan alu-aluan kepada mesyarakat yang hadir dalam majlis berbuka di kg Marudu Laut.


Turut bersama berbuka puasa Ketua Pemuda, S/U UMNO bahagian, Ketua kampung , JKKK , Pengerusi Surau Pegawai-pegawai kerajaan dan AJK UMNO Bahagian, Wanita dan pemuda bahagian.



Ybhg. Sdr Wetrom Bahanda bersama isteri menyampaikan sumbangan kepada mesyarakat kampung Marudu laut.

Aktiviti Pemimpin Di bulan Ramadhan


YB. Anita Baranting berbuka puasa bersama pemimpin KRT dan ahli-ahli KRT Marudu.


Turut bersama wakil -wakli parti kompunan, rombongan YB dan Pegawai Perpaduan Kota Marudu.


Antara ahli-ahli KRT Marudu yang hadir sempana program berbuka puasa .


Majlis tahlil dan doa selamat sebelum berbuka puasa.


Majlis berbuka Puasa KRT Marudu Bersama YB Anita Baranting di kediaman pengerusi KRT Abu Bakar Abd Rashid Jalan Tambun.