Selasa, 26 Mei 2009

HARI GURU SK TANDEK






Sambutan hari guru selalunya diadakan bermula dari peringkat kebangsaan,negeri,daerah dan sekolah-sekolah pada bulan Mei hingga Jun. Bagi Sk Tandek tidak terkecuali untuk menyambut hari guru peringkat sekolah yang dijadikan acara tahunan tersebut. Pada 26.05.2006 selasa berlangsungnya majlis sambutan hari guru yang mana di rasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah diwakili oleh Cikgu Jidin Jenaun.

Antara acara-acara yang dimuatkan sempena hari guru Sk Tandek pada tahun ini adalah Ikrar guru, Anugerah tokoh guru, Nyanyian hari guru KAMI GURU MALAYSIA dan lagu tema GURU MEMBINA NEGRA BANGSA dan Persembahan pelajar Action Song. Antara yang hadir adalah dikalangan ahli jawatankuasa PIBG, para ibubapa dan pelajar sekolah. Anugerah tokoh guru 2009 di berikan kepada Cikgu Majinau b. Injawan yang telah bersara wajib dan berkhidmat di Sk Tandek sehingga bersara.

Visi Sk Tandek akan menjadikan sekolah gemilang di daerah Kota Marudu menjelang 2012. Syabas dan tahiah kepada guru besar encik Abd. Rahman Hj. Odis dan warga pendidik Sk Tandek atas jasa bakti yang telah dicurakan selama ini demi Membina Negara Bangsa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan