Rabu, 15 April 2009

TAHNIAH YB-YB KU



YB Datuk Mukriz Tun Mahathir dan YB Datuk Razali Ibrahim antara yang terpilih untuk mengalas tanggungjawab apabila disenarikan dalam kabinet baru dibawah PM baru YAB Datuk Seri Najib Tun Razak. Ada juga wakil pemuda untuk membantu golongan muda di kawasan kelak, Pemimpin ini arus turun padang bukan duduk pejabat saja, sama juga dengan Ketua Pemuda UMNO Malaysia YB Khairy Jamaluddin kena turun padang, tidak terkecuali EXCO pemuda UMNO Malaysia 2009-2011 yang mana ada diantarnya berjanji untuk menjalankan aktiviti tertentu jikalau diberi mandat memegang sebarang biro dalam PPUM.

Tugas semangkin lama semangkin bertambah tiada yang kurang, jadi jangan kerana kesibukan kita alpha akan tanggungjawab atas rakan-rakan yang memerlukan bantuan dimana saja. “Berani Berubah” inilah masanya untuk menterjemah dan merealisasi perjuangan kepada pemuda akar umbi. “Pemuda Berani” tunjukanlah segala yang patut diperjuangakan dengan keberanian untuk membela rakyat, “Setiakawan” Sentiasalah bersatu untuk masa depan pemuda dan negara agar ikatan perpaduan dapat dikecapi tanpa sebarang malapetaka. Kawan-kawan UMNO perlu ingat kita ini akan berdepan dengan PRU 13, jangan kita bergantung kepada nasib dan terlalu yakin.

Tahiah kepada YB-YB atas jawatan yang disandang, kita doakan agar terus berjuang demi untuk Agama,Bangsa dan Negara. Kami selaku rakyat/penyokong cuma dapat berdoa dan tidak lebih dari itu agar apa yang kami impikan dapat dilaksanakan walauapa cara sekalipun.
“PEMUDA DAHULU JAUH BEZA PEMUDA ZAMAN SEKARANG

1 ulasan:

  1. Ade.. ko ada blog pula. Buli tahan juga. Kept up hehehe...

    BalasPadam