Jumaat, 10 April 2009

HARAPAN SETINGGI GUNUNG

Syhukur Alhamdulillah apabila Kabinet baru Kerajaan Persekutuan Malaysia 2009-2012 diumumkan ada tangapan dan harapan orang sabah menjadi kenyataan walaupun tidak penuh namun sebahagian portfolio menteri penuh amat dialu-alukan dan sangat berpatutan, begitu juga dengan tim.menterinya yang dipilih tidak kurang pentingnya untuk rakyat sabah.

Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi [ Tan Sri Barnad Dompok ] Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah [ Datuk Seri Shafie Apdal ] Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, [ Datuk Dr Maximus Ongkili ] Menteri Luar [ Datuk Anifah Aman ] manakala timbalan-timbalan menteri; Timbalan Menteri Pengangkutan [ Datuk Abdul Rahim Bakri ], Timbalan Menteri Kesihatan [ Datuk Rosnah Rashid Shrlin ], Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [ Datuk Lajim Ukin ], Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar [ Tan Seri Joseph Kurup ].

Tahniah diucapakan kepada pemimpin-pemimpin yang diberi mandata untuk membela nasib dan masalah rakyat. Bila dilihat jawatan dan portfolio yang diberikan kepercayan oleh Datuk Seri Najib [PM] kepada pemimpin sabah semuanya hasil daripada perjuangan rakyat sabah yang mahukan perubahan dengan memberi sokongan dan kerjasama kepada Barisan Nasional pada PRU 12 yang lalu oleh kerana BN sabah banyak menyumbang kerusi dalam Parlimen dan Dun yang membolehkan kerajaan persekutuan ditubuhkan di Malaysia.

Kita mohon, rebutlah selagi ada peluang yang terbaik ini untuk memajukan martabat kaum-kaum dimuka bumi sabah agar dapat setanding dengan kaum-kaum lain di seluruh negara. Buatlah sesuatu yang membolehkan rakyat sabah masih menaruh keyakinan kepada Barisan Nasional.

“HARAPAN SETINGGI GUNUNG, JANGAN BERDERAI MENJADI DEBU”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan