Terkenang semasa zaman kanak-kanak dulu bermacam-macam permainan tidak kira masa sekolah atau diluar sekolah dalam fikiran asik bermain saja. Bermain membuat hati kita dizaman kanak-kanak rasa gembira dan seronok, kadang-kadang pandai juga marah kerana kalah.
Permainan-permainan ini tidak dianggap pertandingan tapi ada kalah menangnya, tambah seronok kalau menang cerita kemenangan berlarutan hingga 2 3 hari heheheee…. Seronoknyaa…
Terkadang permainan-permainan ini bermusim di suatu-suatu tempat dan ada permainan khas untuk lelaki sahaja begitu juga dengan perampuan, ada kalanya bermain bersama-sama.
Antara permainan yang paling digemari ketika dulu di kampung-kampung ialah
1. main guli
2. main tinting
3. main getah bulat/pasat/zero point
4. main biji getah
5. main simban
6. main lo lopong
7. main tapuk-tapuk
8. main kayu tiga
9. main gala panjang
10. main tutup-tutup mata
11. main round das
12. main layang-layang
13. main kombet-kombet
macam-macam lagi permainan,kawan-kawan ingat sendirilah apa permainan dizaman kanak-kanak dulu. Apa pun kenangan tetap kenangan, jangan kita lupa bahawa dizaman kita dulu kawan,sahabat,rakan,saudara itulah yang kita cari sebenarnya. Tidak salah kalau kita mengajar anak-anak kita bermain seperti mana kita dizaman kanak-kanak dahulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan