Isnin, 1 Jun 2009

PESTA GETAH KG. MANGIN







Perayaan Pesta Getah Kampung Mangin memulakan satu pesta baru di Kota Marudu, walaupun pesta ini anya wujud di kampung-kampung namun kemeriahan tetap sama dengan pesta kaamatan. Di Kg. Mangin pesta ini diadakan oleh kerana hampir 90% penduduknya penoreh getah. Penduduk Kg. Mangin ramai berbangsa Dusun Tobilung dan mukabuminya yang bebukit bukau membuatkan mereka lebih senang dengan pertanian (menanam getah) dan sara diri.

Pesta Getah pada tahun 2009 ini dengan tema "Getah Sumber Pendapatan Harian" disambut dengan meriah, banyak acara yang dilangsungkan antara acara yang menarik adalah ratu getah,ratu getah kanak-kanak,ratu ibu, pertandingan menoreh pokok getah, getah kentalan, merentas desa( kebun getah) dan berbagai-bagai acara.

Kita berharap ada lagi kampung yang menganjur pesta getah akan datang agar mesyarakat setempat dapat mengeratkan lagi silaturahim, perpaduan dan mempelbagikan hasil pokok getah . Semua ini adalah untuk genarasi muda akan datang.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan