Khamis, 2 April 2009

Kelebihan dan Keistimewahan Wanita

"Apabila seorang wanita mencuci pakaian suaminya, makan Allah SWT mencatat baginya seribu kebaikan, diampunkan 2000 kesalahan, bahkan segala sesuatu yang disinari matahari akan memohon ampun baginya dan Allah SWT mengangkat seribu darjat untuknya.

Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seorang wali Allah SWT. Wanita yang menguli tepung dengan membaca Bismillah akan diberkati Allah SWT akan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti membersihkan Baitullah. Wanita yang solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

"Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takut Allah SWT. Apabila ibu bapa memanggil kamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu. Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya, akan bertutup pintu-pintu neraka dan tebuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

Demikanlah besarnya anugerah Allah SWT kepada para wanita yang taat akan perintah Allah SWT, ajaran rasulNya, juga pada suaminya. Oleh itu marilah kita sama-sama bertafakur dan bermuhasabah diri sendiri. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita menubah sikap kita dari sekarang.

Wallahu A'lam.
Bah! Gaman sesiapa yang masih mencari-cari pasangan tu arap dapat yang terbaik dan yang ingin mengedouble tu fikir-fikir dulu kalau yang pertama lebih sudah macam catatan di atas bolehlah cari-cari untuk tambah hehehe...

1 ulasan:

  1. salam kunjungan.. rupanya saudara anak marudu juga. saya tidak perasan.. hehe. Oh ya.. jikalau berminat untuk menjadi penulis tetamu/undangan atau menjadi penulis tetap SAM, sdr dialu-alukan...boleh berhubung dengan SANGURU/tekong SAM.

    salam kenal dan salam perpaduan

    BalasPadam