Jumaat, 24 April 2009

KETUA PERHUBUNGAN UMNO ..........




Ketua Menteri Sabah YAB Datuk Seri Musa Haji Aman dikekalkan selaku Ketua Perhubungan UMNO Negeri Sabah. Manakala YB Datuk Seri Shafie Apdal adalah Ketua Perhubungan UMNO Negeri Kedah. Satu lagi mandat dan kepercayaan oleh pucuk pimpinan parti kepada pemimpin Sabah. Walaupun amat jangal dan tidak pernah terlintas difikiran Datuk Seri Shafie "agaknya lah"yang beliau menerajui UMNO Kedah namun perkara sebegini sering berlaku dalam politik yang tidak dijangka akan berlaku dan yang diinginkan tak menjadi.

Selaku ahli parti sememangnya akur dengan keputusan pucuk pimpinan parti, tapi adakah ianya diterima oleh segelintir ahli parti dengan keputusan itu? Bagi ahli parti kalau ianya pemimpin itu datangnya dari tempat sendiri mungkin diterima, kalau sebaliknya? Bagi YAB Datuk Seri Musa tidak ada sebarang masalah yang timbul tentang ketidakpuasan hati dari ahli parti di Sabah. Mungkin lain pula halnya di negeri Kedah, kita berharap agar Naib Presiden UMNO yang berpengelaman ini dapat menengani apa jua masalah atau perkara yang mungkin berlaku, bukan saja atas pelantikan beliau selaku Ketua Perhubungan negeri Kedah malah agenda-agenda yang melibakan perkara dalaman dan luaran, ianya satu kemungkinan saja, semoga ahli UMNO Kedah dapat menerima kepimpinan Datuk Seri Shafie untuk masa depan parti UMNO.

Tahniah YAB dan YB.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan