Selasa, 7 April 2009

BATANG OK , BUKIT KO

Dua bukit dapat ditawan kembali oleh pihak pembangkang, Batang Ai milik BN. Sekali lagi BN Sarawak menyelamat maruah BN. Bagaimana pun usaha telah dibuat oleh jentera BN di dua bukit namun pengundi masih lagi memilih calon, parti atau undi protes. Memang ada betulnya kata-kata orang tidak semestinya orang-orang besar, berpangkat tinggi dan berjawatan tinggi menjamin suatu kemenangan akan berlaku pada hakikatnya dua bukit sudah ditawan semula olah PAS dan PKR. Sudah lumrah pilihanraya orang-orang besar dan berjawatan tinggi kena turun untuk memberi sokongan, jentera, ceramah dan merayu undi untuk BN, apa nak buat keputusan ditangan pengundi.
Apakah undi orang muda juga jadi masalah kekalah di dua bukit? atau masalah lain. Usaha untuk menarik pengundi muda yang dilaung-laungkan selama ini masih belum menampakan keberkesanannya barangkali. Menurut certia-cerita luar ada pihak-pihak tertentu yang tidak menyokong BN disebabkan isu-isu yang melanda negara kita semkin parah dan tidak terkawal, adakah dengan kemenangan PAS dan PKR dapat mengawal dan menyelasaikan masalah itu?. Apapun itu cuma cerita-cerita yang mungkin secara kebetulan dan dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk mempengaruhi pengundi yang kelabu.
Nampaknya BN Sarawak dan Sabah adalah penyelamat utama BN, Tahniah BN Sarawak. Jentera BN Sabah juga banyak membantu untuk berkempen merayu undi di tiga kawasan pilihanraya kecil ini dengan semangat setiakawan BN untuk BN. Sekalung budi buat jentera BN Sabah yang bertugas selama beberapa hari di Batang Ai, Bukit Selambau dan Bukit Gantang.
Untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap BN buatalah sesuatu yang menepati kehendak dan citarasa rakyat yang sebenarnya. Tidak guna terlalu banyak idea, pemimpin, itu dan ini kalau tidak dipraktikan terus keakar umbi. Harus diingat kekalah BN di dua bukit satu pengajaran untuk PRU 13 nanti, apakah BN mampu bertahan atau menjadi disebaliknya. Buatlah sesuatu kerana "ORANG BUKIT SUDAH MATANG"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan