Sabtu, 25 April 2009

3 Jenis Buah...

Ada sebuah kebun penuh dengan buah-buahan, macam-macam ada, dari luar dan dalam negara lagi tu'. Pada suatu hari kebun tersebut terbakar maka habislah tanaman buah-buahan dalam kebun tersebut hangus, tetapi ada tiga jenis buah yang terselamat dari dibaham api, apakah jenis buah tersebut? dan macam mana ia tak terbakar. "tolonglah berikan nama jenis buah itu dan macam mana ia boleh selamat"

Jumaat, 24 April 2009

KETUA PERHUBUNGAN UMNO ..........




Ketua Menteri Sabah YAB Datuk Seri Musa Haji Aman dikekalkan selaku Ketua Perhubungan UMNO Negeri Sabah. Manakala YB Datuk Seri Shafie Apdal adalah Ketua Perhubungan UMNO Negeri Kedah. Satu lagi mandat dan kepercayaan oleh pucuk pimpinan parti kepada pemimpin Sabah. Walaupun amat jangal dan tidak pernah terlintas difikiran Datuk Seri Shafie "agaknya lah"yang beliau menerajui UMNO Kedah namun perkara sebegini sering berlaku dalam politik yang tidak dijangka akan berlaku dan yang diinginkan tak menjadi.

Selaku ahli parti sememangnya akur dengan keputusan pucuk pimpinan parti, tapi adakah ianya diterima oleh segelintir ahli parti dengan keputusan itu? Bagi ahli parti kalau ianya pemimpin itu datangnya dari tempat sendiri mungkin diterima, kalau sebaliknya? Bagi YAB Datuk Seri Musa tidak ada sebarang masalah yang timbul tentang ketidakpuasan hati dari ahli parti di Sabah. Mungkin lain pula halnya di negeri Kedah, kita berharap agar Naib Presiden UMNO yang berpengelaman ini dapat menengani apa jua masalah atau perkara yang mungkin berlaku, bukan saja atas pelantikan beliau selaku Ketua Perhubungan negeri Kedah malah agenda-agenda yang melibakan perkara dalaman dan luaran, ianya satu kemungkinan saja, semoga ahli UMNO Kedah dapat menerima kepimpinan Datuk Seri Shafie untuk masa depan parti UMNO.

Tahniah YAB dan YB.

Isnin, 20 April 2009

MELABUR UNTUK MASA DEPAN


Amanah Saham Malaysia ASM yang telah di umumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin memberi satu peluang kepada bumiputera melabur untuk masa depan. Sebanyak 3.33 bilion unit adalah ASM dengan harga rm 1 seunit dan dana-dana boleh dipeolehi di Pos Malaysia, Maybank, CIMB dan RHB Bank.

“Saya berharap penawaran unit-unit baru (ASW 2020 dan ASM) akan memberi lebih peluang kepada seluruh mesyarakat Malaysia sama-sama membuat pelaburan untuk masa depan kewangan yang lebih terjamain” kata-kata PM ( dipetik dari Utusan Online).

Pada rakan-rakan apa lagi inilah peluang, daripada kita melabur tempat-tempat yang tidak berketentuan baik kita labur di ASM. Apa macam? Apa dibimbangkan, pengayuh sama di tangan, perahu sama di air. Sambil menyelam sambil minum air.


Ahad, 19 April 2009

PANGALUAN TELUK MARUDU






Pangaluan atau alu-alu sejenis ikan yang datang bermusim di laut teluk marudu, walaupun musimnya sudah berlalu tapi ikan ini sentiasa ada di laut teluk marudu dalam kelompok kecil dan ditempat-tempat tertentu. Semalam saya dapat menaikan dua ekor pangaluan yang beratnya sekitar 2.8 kg tiap seekor, "sukup untuk lauk 3 ari anak baranak ok lah".
Umpan yang digunakan adalah sotong hidup atau anak ikan hidup seperti ikan surui,selidai,tamban besar dan tulai. Yang mujarap sotong hidup kompom ka di urang puti dapat punya, mau cari sotong hidup kena berjaga ditepi perahu yang ada lampu pom dan meyiudnya denagn jaring yang di panggil siud. Masa ikan pangaluan aktif makan selalunya tengah malam dan waktu subuh.
Kalau nak cuba-cuba pancing pangalaun atau ikan lain di teluk marudu kita boleh aturkan, boleh jalan berkumpulan atau seorang-seorang. Dijamin seronok punya, boleh melihat sungai bandau, hutan bakau, kuala bandau, pulau tambun, pulau matunggong dan lain-lain lagi secara dekat. Banyak yang menarik bah diteluk marudu, jom sambil pancing ikan, sambil curi pemandangan.



Jumaat, 17 April 2009

Renungan bersama


PTI (pendatang tanpa izin) membawa masalah besar pada negara, negeri, daerah, kampung dan rakyat, masalah yang utama tentang keselamatan(jenayah), ramai PTI yang mempunyi akhlak rendah menjadi pencuri, perompak, perogol,pembunuh, penagih dan macam-macam aktiviti semata-mata mau hidup senang dan tunjuk samseng. Kalau di KK jangan cakaplah berlambak betul diorang setiap inci KK ada saja muka diorang.


Kalau dibiarkan mereka ini lama kelamaan kita jadi korban, apa tindakan yang berkesan supaya perkara ini dapat dikurangkan? "kalau tidak dapat dihapuskan, dikurangkan pun jadilah". Macam-macam tindakan diambil oleh kerajaan namun PTI tetap juga ada dan masih melakukan perkara yang tidak berprikemanusiaan. Sudah sememangnya kita sendiri boleh melakukan sesuatu untuk membanteras PTI ini tapi kita tidak ada kuasa yang tertentu untuk mengusir mereka, kadang-kadang kita terfikir takut, kalau kita bertindak diluar batasan lumat kita mereka kerjakan nanti atau berdendam.


Ada suatu ketika kerajaan memberi kelonggaran kepada PTI supaya mereka pulang kenegara masing-masing tanpa apa syarat, tindakan dan paksaan, malah dibantu dari segi pengangkutan,makanan dan lain-lain lagi. Misi ini berjaya dilakukan dan amat ketara, walau perbelanjaan besar dilakukan. Namaun PTI lebih bijak dari kerajaan mereka yang dihantar pulang 10,000 orang yang masuk balik 50,000 orang dari segenap penjuru negara.


Tidak semua PTI tu jahat. Kalau baik tu, baik betul, kalau jahat tu, jahat bukan alang-alang mengalahkan orang tempatan. Apa-apa pun asal PTI tetap juga PTI kena balik juga negara asal mereka. Macam mana pula dengan mereka yang telah berumahtangga dengan orang tempatan? ini pun masalah juga. Jangan kita jadi PTI sudahlah... selamatkan diri dan negara kita. "TAK NAK PTI"


Rabu, 15 April 2009

TAHNIAH YB-YB KU



YB Datuk Mukriz Tun Mahathir dan YB Datuk Razali Ibrahim antara yang terpilih untuk mengalas tanggungjawab apabila disenarikan dalam kabinet baru dibawah PM baru YAB Datuk Seri Najib Tun Razak. Ada juga wakil pemuda untuk membantu golongan muda di kawasan kelak, Pemimpin ini arus turun padang bukan duduk pejabat saja, sama juga dengan Ketua Pemuda UMNO Malaysia YB Khairy Jamaluddin kena turun padang, tidak terkecuali EXCO pemuda UMNO Malaysia 2009-2011 yang mana ada diantarnya berjanji untuk menjalankan aktiviti tertentu jikalau diberi mandat memegang sebarang biro dalam PPUM.

Tugas semangkin lama semangkin bertambah tiada yang kurang, jadi jangan kerana kesibukan kita alpha akan tanggungjawab atas rakan-rakan yang memerlukan bantuan dimana saja. “Berani Berubah” inilah masanya untuk menterjemah dan merealisasi perjuangan kepada pemuda akar umbi. “Pemuda Berani” tunjukanlah segala yang patut diperjuangakan dengan keberanian untuk membela rakyat, “Setiakawan” Sentiasalah bersatu untuk masa depan pemuda dan negara agar ikatan perpaduan dapat dikecapi tanpa sebarang malapetaka. Kawan-kawan UMNO perlu ingat kita ini akan berdepan dengan PRU 13, jangan kita bergantung kepada nasib dan terlalu yakin.

Tahiah kepada YB-YB atas jawatan yang disandang, kita doakan agar terus berjuang demi untuk Agama,Bangsa dan Negara. Kami selaku rakyat/penyokong cuma dapat berdoa dan tidak lebih dari itu agar apa yang kami impikan dapat dilaksanakan walauapa cara sekalipun.
“PEMUDA DAHULU JAUH BEZA PEMUDA ZAMAN SEKARANG

Ahad, 12 April 2009

SABAR AJA BUSSS...

Apapun yang terjadi Khairy Jamaluddin tetap Ketua Pemuda UMNO Malaysia *, walaupun tidak ada sebarang jawatan dalam karbinet yang diumumkan oleh PM baru-baru lalu bukanlah suatu penghalang untuk terus berbakti pada pemuda. "Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Memikul", Sabarlah, Sabar itu satu daripada iman, setiap yang sabar itu ada hikmahnya yang belum kita nampak, anggaplah suatu dugaan dan cabaran untuk meniti masa depan.
Jawatan Ketua Pemuda Malaysia ada persamaanya dengan Ketua Pemuda Bahagian, jikalau ada satu-satu progaram,aktiviti,masalah dan lain-lain lagi yang difikirkan melibatkan orang-orang atasan untuk telibat sama mustahil MT tidak membantu sayap pemuda terutamanya ketua untuk menjayakan dan menyelesaikan masalah walauapa cara sekalipun. Begitu juga dengan ketua Pemuda Bahagian, Pengurusan bahagian perlu membantu untuk merealisasikan agenda sayap pemuda.
Sabar jo kou YB Nia betah un no cerita-cerita alap.

Jumaat, 10 April 2009

HARAPAN SETINGGI GUNUNG

Syhukur Alhamdulillah apabila Kabinet baru Kerajaan Persekutuan Malaysia 2009-2012 diumumkan ada tangapan dan harapan orang sabah menjadi kenyataan walaupun tidak penuh namun sebahagian portfolio menteri penuh amat dialu-alukan dan sangat berpatutan, begitu juga dengan tim.menterinya yang dipilih tidak kurang pentingnya untuk rakyat sabah.

Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi [ Tan Sri Barnad Dompok ] Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah [ Datuk Seri Shafie Apdal ] Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, [ Datuk Dr Maximus Ongkili ] Menteri Luar [ Datuk Anifah Aman ] manakala timbalan-timbalan menteri; Timbalan Menteri Pengangkutan [ Datuk Abdul Rahim Bakri ], Timbalan Menteri Kesihatan [ Datuk Rosnah Rashid Shrlin ], Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [ Datuk Lajim Ukin ], Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar [ Tan Seri Joseph Kurup ].

Tahniah diucapakan kepada pemimpin-pemimpin yang diberi mandata untuk membela nasib dan masalah rakyat. Bila dilihat jawatan dan portfolio yang diberikan kepercayan oleh Datuk Seri Najib [PM] kepada pemimpin sabah semuanya hasil daripada perjuangan rakyat sabah yang mahukan perubahan dengan memberi sokongan dan kerjasama kepada Barisan Nasional pada PRU 12 yang lalu oleh kerana BN sabah banyak menyumbang kerusi dalam Parlimen dan Dun yang membolehkan kerajaan persekutuan ditubuhkan di Malaysia.

Kita mohon, rebutlah selagi ada peluang yang terbaik ini untuk memajukan martabat kaum-kaum dimuka bumi sabah agar dapat setanding dengan kaum-kaum lain di seluruh negara. Buatlah sesuatu yang membolehkan rakyat sabah masih menaruh keyakinan kepada Barisan Nasional.

“HARAPAN SETINGGI GUNUNG, JANGAN BERDERAI MENJADI DEBU”

Selasa, 7 April 2009

BATANG OK , BUKIT KO

Dua bukit dapat ditawan kembali oleh pihak pembangkang, Batang Ai milik BN. Sekali lagi BN Sarawak menyelamat maruah BN. Bagaimana pun usaha telah dibuat oleh jentera BN di dua bukit namun pengundi masih lagi memilih calon, parti atau undi protes. Memang ada betulnya kata-kata orang tidak semestinya orang-orang besar, berpangkat tinggi dan berjawatan tinggi menjamin suatu kemenangan akan berlaku pada hakikatnya dua bukit sudah ditawan semula olah PAS dan PKR. Sudah lumrah pilihanraya orang-orang besar dan berjawatan tinggi kena turun untuk memberi sokongan, jentera, ceramah dan merayu undi untuk BN, apa nak buat keputusan ditangan pengundi.
Apakah undi orang muda juga jadi masalah kekalah di dua bukit? atau masalah lain. Usaha untuk menarik pengundi muda yang dilaung-laungkan selama ini masih belum menampakan keberkesanannya barangkali. Menurut certia-cerita luar ada pihak-pihak tertentu yang tidak menyokong BN disebabkan isu-isu yang melanda negara kita semkin parah dan tidak terkawal, adakah dengan kemenangan PAS dan PKR dapat mengawal dan menyelasaikan masalah itu?. Apapun itu cuma cerita-cerita yang mungkin secara kebetulan dan dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk mempengaruhi pengundi yang kelabu.
Nampaknya BN Sarawak dan Sabah adalah penyelamat utama BN, Tahniah BN Sarawak. Jentera BN Sabah juga banyak membantu untuk berkempen merayu undi di tiga kawasan pilihanraya kecil ini dengan semangat setiakawan BN untuk BN. Sekalung budi buat jentera BN Sabah yang bertugas selama beberapa hari di Batang Ai, Bukit Selambau dan Bukit Gantang.
Untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap BN buatalah sesuatu yang menepati kehendak dan citarasa rakyat yang sebenarnya. Tidak guna terlalu banyak idea, pemimpin, itu dan ini kalau tidak dipraktikan terus keakar umbi. Harus diingat kekalah BN di dua bukit satu pengajaran untuk PRU 13 nanti, apakah BN mampu bertahan atau menjadi disebaliknya. Buatlah sesuatu kerana "ORANG BUKIT SUDAH MATANG"

Khamis, 2 April 2009

Kelebihan dan Keistimewahan Wanita

"Apabila seorang wanita mencuci pakaian suaminya, makan Allah SWT mencatat baginya seribu kebaikan, diampunkan 2000 kesalahan, bahkan segala sesuatu yang disinari matahari akan memohon ampun baginya dan Allah SWT mengangkat seribu darjat untuknya.

Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seorang wali Allah SWT. Wanita yang menguli tepung dengan membaca Bismillah akan diberkati Allah SWT akan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti membersihkan Baitullah. Wanita yang solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

"Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takut Allah SWT. Apabila ibu bapa memanggil kamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu. Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya, akan bertutup pintu-pintu neraka dan tebuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

Demikanlah besarnya anugerah Allah SWT kepada para wanita yang taat akan perintah Allah SWT, ajaran rasulNya, juga pada suaminya. Oleh itu marilah kita sama-sama bertafakur dan bermuhasabah diri sendiri. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita menubah sikap kita dari sekarang.

Wallahu A'lam.
Bah! Gaman sesiapa yang masih mencari-cari pasangan tu arap dapat yang terbaik dan yang ingin mengedouble tu fikir-fikir dulu kalau yang pertama lebih sudah macam catatan di atas bolehlah cari-cari untuk tambah hehehe...

Wasiat

Sesiapa yang merasa marah tetapi dia tidak meluahkannya maka dia seumpama keldai dan sesiapa yang redha terhadap sesuatu tetapi dia tidak dapat menerimanya maka dia seperti syaitan yang mana redha dengan ketuhanan Allah tetapi tidak mahu tunduk pada perintahNya.
Keredhaan manusia sukar untuk engkau capai dan bukanlah bermakna selamat daripada lidah manusia sudah boleh dianggap sudah mencapai jalan kepada mendapat keredhaan mereka. Oleh itu engkau hendaklah melakukan perkara yang bermanafaat kepadamu dan sentiasalah berbuat demikaian.