Jumaat, 17 April 2009

Renungan bersama


PTI (pendatang tanpa izin) membawa masalah besar pada negara, negeri, daerah, kampung dan rakyat, masalah yang utama tentang keselamatan(jenayah), ramai PTI yang mempunyi akhlak rendah menjadi pencuri, perompak, perogol,pembunuh, penagih dan macam-macam aktiviti semata-mata mau hidup senang dan tunjuk samseng. Kalau di KK jangan cakaplah berlambak betul diorang setiap inci KK ada saja muka diorang.


Kalau dibiarkan mereka ini lama kelamaan kita jadi korban, apa tindakan yang berkesan supaya perkara ini dapat dikurangkan? "kalau tidak dapat dihapuskan, dikurangkan pun jadilah". Macam-macam tindakan diambil oleh kerajaan namun PTI tetap juga ada dan masih melakukan perkara yang tidak berprikemanusiaan. Sudah sememangnya kita sendiri boleh melakukan sesuatu untuk membanteras PTI ini tapi kita tidak ada kuasa yang tertentu untuk mengusir mereka, kadang-kadang kita terfikir takut, kalau kita bertindak diluar batasan lumat kita mereka kerjakan nanti atau berdendam.


Ada suatu ketika kerajaan memberi kelonggaran kepada PTI supaya mereka pulang kenegara masing-masing tanpa apa syarat, tindakan dan paksaan, malah dibantu dari segi pengangkutan,makanan dan lain-lain lagi. Misi ini berjaya dilakukan dan amat ketara, walau perbelanjaan besar dilakukan. Namaun PTI lebih bijak dari kerajaan mereka yang dihantar pulang 10,000 orang yang masuk balik 50,000 orang dari segenap penjuru negara.


Tidak semua PTI tu jahat. Kalau baik tu, baik betul, kalau jahat tu, jahat bukan alang-alang mengalahkan orang tempatan. Apa-apa pun asal PTI tetap juga PTI kena balik juga negara asal mereka. Macam mana pula dengan mereka yang telah berumahtangga dengan orang tempatan? ini pun masalah juga. Jangan kita jadi PTI sudahlah... selamatkan diri dan negara kita. "TAK NAK PTI"


Tiada ulasan:

Catat Ulasan