TOKOU EH TOKOU
Isnin, 7 Disember 2009
Rabu, 4 November 2009
Renungan Bersama

"Sesiapa yang merasa marah tetapi dia tidak meluahkannya maka dia seumpama keldai dan sesiapa yang merasa redha terhadap sesuatu tetapi dia tidak dapat menerimanya maka dia seperti syaitan yang mana redha dengan ketuhanan Allah tetapi tidak mahu tunduk pada perintahnya."
"Keredahan manusia sukar untuk engkau capai dan bukanlah bermakna selamat dari lidah manusia sudah boleh dianggap sudah mencapai jalan kepada mendapat keredhaan mereka. Oleh itu engkau hendaklah melakukan perkara yang bermanfaat kepadamu dan sentiasalah berbuat demikian."
Imam Syafie...
Khamis, 1 Oktober 2009
Majlis Rumah Terbuka
Beraya bersama dengan bakal angkasawan negara yang ke 2 Kapten Dr. Faiz Khalen di dewan komuniti Kota Marudu sempena Majlis Rumah Terbuka YB Ahli Parlimen P. 168 Kota Marudu dan YB Ahli DUN 5 Tandek. Beliau di jemput oleh YB Menteri untuk bersama dengan masyarakat di Kota Marudu sempena majlis tersebut.Ahad, 27 September 2009
MAJLIS MESRA AIDILFITRI
Majlis Mesra di Aidilfitri menghertkan lagi hubungan sesama keluarga, jiran-jiran dan rakan taulan. Bagi saudara Dinakan majlis ini amat bermakna dan kenangan yang tidak dapat dilupakan yang mana kehadiran YB Puan Anita Baranting Dun 5 Tandek turut sama dalam majlis tersebut dengan penduduk kampung Marasinsim, saudara mara, rakan-rakan dan ahli-ahli SAM, KUSNET dan Utara.fm bagi memeriahkan majlis tersebut. Majlis sebegini juga dapat merapatkan hubungan antara pemimpin dengan rakyat dan rakyat bersama pemimpin.
Majlis Mesra Aidilfitri Di Marasinsim Villa
25/09/2009
Di perkarangan rumah Dinakan
25/09/2009
Di perkarangan rumah Dinakan
MESRA DI AIDILFITRI DI SALIMANDUT
Budaya kunjung mengunjung dan bersedekah di hari dan bulan yang baik ini amatlah dituntut oleh agama. Budaya beginilah yang merapatkah kita dengan keluarga dan sahabat andai tanpa mengira latar belakang kaum dan agama. Sempena Hari Raya majlis Mesra Aidilfitri telah berlangsung di Kampung Salimandut bersama Ketua UMNO Bahagian Kota Marudu dengan penduduk setempat.
Mesra Di Aidilfitri Kampung Salimandut
25/09/2009
Di Perkarangan Rumah Pegawai Khas Ketua UMNO Bahagian Saudara Benson Tuyundo.
25/09/2009
Di Perkarangan Rumah Pegawai Khas Ketua UMNO Bahagian Saudara Benson Tuyundo.
Khamis, 24 September 2009
Raya Express Di WP Labuan
rumah ke 13 terakhir.
Perancangan raya pada tahun ini tercapai walaupun express kata orang, Raya yang ke 4 di WP Labaun distenasi yang terakhir walaupun express jam 1.20pm sampai dan keesokan paginya jam 7.30am pulang ke kota Marudu semula dan sempat beraya 13 buah rumah sahaja mungkin yang lain pada tahun hadapan Insyallah...
Selasa, 22 September 2009
Beraya Di Kampung Kebajang Baeufort
Suasana raya dari daerah dengan daerah lain memang ada perbezaan dan kelainanya. Saya sempat merakam beberapa gambar semasa beraya dari rumah ke rumah pada hari raya yang ke 3 di kampung Kebajang Beaufort, suasana berkunjung menjadi acara yang utama di kampung ini, hinggakan dalam sebuah rumah 1 hingga 5 keluarga berkunjung sekali gus bayangkan betapa sibuknya tuan rumah dan terujanya hati dan perasaan mereka, saya telah mengunjung 10 buah rumah dalam masa 2 jam, kemesraan tetap terpancar diwajah yang dikunjingi apatlagi kanak-kanak. Masa mungkin tidak mengizikan saya dengan keluarga untuk berkunjung lebih kurang 60 buah rumah lagi kerana ramai lagi keluarga terdekat yang mesti dikunjungi di labuan. Apa pun pengalaman beraya di kampung ini dan kampung berdekatan amat menyeronokan dan memenatkan lebih-lebih lagi perut dan mulut.
Langgan:
Catatan (Atom)