Jumaat, 15 Mei 2009

SETITIS DARAH SEJUTA HARAPAN



Persatuan Penderma Darah Malaysia (komuniti Perdarah) Kota Marudu telah ditubuhkan pada 08 Mac 2009 yang dinaungi oleh Pegawai Daerah Kota Marudu dan Pengerusinya Sdr. Androd Sadian. Program pertamanya pada 11 Mei 2009 di dewan komuniti daerah Kota Marudu sempena Pesta Menuai.

Seramai 48 penderma sukarela dalam program pertama perdarah KM 2009 ini. “aramaii juga bah”. pelbagai hadiah dan cenderakenangan diberi kepada para penderma, Perdarah juga memberi hemper kepada beberapa kategori penderma iaitu paling muda dan tua, darah susah diperolehi contoh AB dan berbagai-bagai lagi.

Turut melawat program tersebut ialah YB. Datuk Max, YB. Puan Anita, YB. Sarapin, Ybh Tuan Pegawai Daerah, Ketua UMNO Bahagian, PKR, mantan ratu 2008 dan ramai lagi pemimpin mesyarakat semata-mata memberi sokongan terhadap program Perdarah yang dianggap aktiviti amal yang terbaik dan amat bermakna.

Tahiah kepada semua ajk pelaksana Perdarah dan para penderma, semoga segala amal baik yang telah diberikan mudah-mudahan diberkati Tuhan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan