Isnin, 11 Mei 2009

JOM MEMANAH





Cuba sekali nak lagi.. Seronok juga memanah ni bikin ketagih juga, sempat mengunjungi gerai pameran Persatuan Memanah Sabah sempena pesta menuai di padang Kota Marudu pada 10hb lalu sambil mencuba memanah, rasanya kali pertama ianya di pemerkan di Kota Marudu dan Persatuan Memanah Sabah membuka cawangannya di Kota Marudu sekarang.

Macam-macam panah ada dari harga 1000 hingga 7000 ringgit, ada untuk sport dan juga hunting. “Macam mahal tau ini game, alat pun mau ribu-ribu macam juga main golf”, tapi kalau sudah minat mahal atau murah bukan penghalang. Jom masuk ahli memanah Kota Marudu, yuran seumur hidup rm 200, ahli biasa rm30 tahunan 20, ahli bersekutu rm60 tahunan rm60 dan ahli remaja rm10 tahunan rm5. Untuk keterangan lanjut bolehlah hubungi 0145553146.

Bagi mereka yang tiada game jom masuk perseatuan memanah, game ini mula aktif di Kota Marudu tahun ini dan kawasan memanahnya sekitar pekan Kota Marudu. Tatap 3 bulan latihan boleh sudah masuk mana-mana pertandingan memanah. Jom memanah….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan