Sabtu, 16 Mei 2009

Pertandingan Memancing di Dataran Bingkoka





16 Mei 2009 berlangsungnya pesta air di Dataran Bingkoka, antara acara yang menarik perhatian pertandingan bot laju, perahu berhias dan memancing. Saya adalah diantara 180 orang perserta memencing di tepi laut teluk Marudu, seawal jam 7 pagi lagi peserta memancing telah mendaftar dan memilih tempat, bayangkanlah ruang tempat memancing sempit dan berbatu macam-macam boleh berlaku.


Semasa memancing air laut mula pasang dan cuaca agak panas, namun ikan yang berjenama tidak ada. Ikan pertama yang naik adalah belut laut(kesili) kemudian anak ikan batu ala-ala kerapu(lepuh) dan beberapa jenis kategori ikan batu. Masa yang diperuntukan anya 3 jam sahaja, sukar nak dapat ikan berjenama, sudah sememangnya memancing ini tertakluk pada nasib dan usaha masing-masing.


Peserta terdiri daripada kakitangan kerajaan dan orang awam, tua dan muda, lelaki dan perampuan, kurus dan gemuk, mat rempit dan mat bola dan kebanyakanya luar dari daerah pitas. Dalam 180 anya 10 yang bernasib baik akan mendapat hadiah yang lumayan berdasarkan hasil tangkapan.


Kepada kaki pancing buatlah persatuan pancing(joran) daerah Kota Marudu agar program memancing ini dapat dianjurkan setiap apa jua perayaan di kawasan kita kerana aktiviti seperti ini banyak faedah dan menafaatnya pada golongan muda.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan