
Sabtu, 25 April 2009
3 Jenis Buah...

Jumaat, 24 April 2009
KETUA PERHUBUNGAN UMNO ..........


Selaku ahli parti sememangnya akur dengan keputusan pucuk pimpinan parti, tapi adakah ianya diterima oleh segelintir ahli parti dengan keputusan itu? Bagi ahli parti kalau ianya pemimpin itu datangnya dari tempat sendiri mungkin diterima, kalau sebaliknya? Bagi YAB Datuk Seri Musa tidak ada sebarang masalah yang timbul tentang ketidakpuasan hati dari ahli parti di Sabah. Mungkin lain pula halnya di negeri Kedah, kita berharap agar Naib Presiden UMNO yang berpengelaman ini dapat menengani apa jua masalah atau perkara yang mungkin berlaku, bukan saja atas pelantikan beliau selaku Ketua Perhubungan negeri Kedah malah agenda-agenda yang melibakan perkara dalaman dan luaran, ianya satu kemungkinan saja, semoga ahli UMNO Kedah dapat menerima kepimpinan Datuk Seri Shafie untuk masa depan parti UMNO.
Tahniah YAB dan YB.
Isnin, 20 April 2009
MELABUR UNTUK MASA DEPAN

Amanah Saham Malaysia ASM yang telah di umumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin memberi satu peluang kepada bumiputera melabur untuk masa depan. Sebanyak 3.33 bilion unit adalah ASM dengan harga rm 1 seunit dan dana-dana boleh dipeolehi di Pos
“Saya berharap penawaran unit-unit baru (ASW 2020 dan ASM) akan memberi lebih peluang kepada seluruh mesyarakat
Pada rakan-rakan apa lagi inilah peluang, daripada kita melabur tempat-tempat yang tidak berketentuan baik kita labur di ASM. Apa macam? Apa dibimbangkan, pengayuh sama di tangan, perahu sama di air. Sambil menyelam sambil minum air.
Ahad, 19 April 2009
PANGALUAN TELUK MARUDU





Pangaluan atau alu-alu sejenis ikan yang datang bermusim di laut teluk marudu, walaupun musimnya sudah berlalu tapi ikan ini sentiasa ada di laut teluk marudu dalam kelompok kecil dan ditempat-tempat tertentu. Semalam saya dapat menaikan dua ekor pangaluan yang beratnya sekitar 2.8 kg tiap seekor, "sukup untuk lauk 3 ari anak baranak ok lah".
Jumaat, 17 April 2009
Renungan bersama

Rabu, 15 April 2009
TAHNIAH YB-YB KU


Tugas semangkin lama semangkin bertambah tiada yang kurang, jadi jangan kerana kesibukan kita alpha akan tanggungjawab atas rakan-rakan yang memerlukan bantuan dimana saja. “Berani Berubah” inilah masanya untuk menterjemah dan merealisasi perjuangan kepada pemuda akar umbi. “Pemuda Berani” tunjukanlah segala yang patut diperjuangakan dengan keberanian untuk membela rakyat, “Setiakawan” Sentiasalah bersatu untuk masa depan pemuda dan negara agar ikatan perpaduan dapat dikecapi tanpa sebarang malapetaka. Kawan-kawan UMNO perlu ingat kita ini akan berdepan dengan PRU 13, jangan kita bergantung kepada nasib dan terlalu yakin.
Tahiah kepada YB-YB atas jawatan yang disandang, kita doakan agar terus berjuang demi untuk Agama,Bangsa dan Negara. Kami selaku rakyat/penyokong cuma dapat berdoa dan tidak lebih dari itu agar apa yang kami impikan dapat dilaksanakan walauapa cara sekalipun.
“PEMUDA DAHULU JAUH BEZA PEMUDA ZAMAN SEKARANG
Ahad, 12 April 2009
SABAR AJA BUSSS...

Jumaat, 10 April 2009
HARAPAN SETINGGI GUNUNG
Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi [ Tan Sri Barnad Dompok ] Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah [ Datuk Seri Shafie Apdal ] Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, [ Datuk Dr Maximus Ongkili ] Menteri Luar [ Datuk Anifah Aman ] manakala timbalan-timbalan menteri; Timbalan Menteri Pengangkutan [ Datuk Abdul Rahim Bakri ], Timbalan Menteri Kesihatan [ Datuk Rosnah Rashid Shrlin ], Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [ Datuk Lajim Ukin ], Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar [ Tan Seri Joseph Kurup ].
Tahniah diucapakan kepada pemimpin-pemimpin yang diberi mandata untuk membela nasib dan masalah rakyat. Bila dilihat jawatan dan portfolio yang diberikan kepercayan oleh Datuk Seri Najib [PM] kepada pemimpin sabah semuanya hasil daripada perjuangan rakyat sabah yang mahukan perubahan dengan memberi sokongan dan kerjasama kepada Barisan Nasional pada PRU 12 yang lalu oleh kerana BN sabah banyak menyumbang kerusi dalam Parlimen dan Dun yang membolehkan kerajaan persekutuan ditubuhkan di Malaysia.
Kita mohon, rebutlah selagi ada peluang yang terbaik ini untuk memajukan martabat kaum-kaum dimuka bumi sabah agar dapat setanding dengan kaum-kaum lain di seluruh negara. Buatlah sesuatu yang membolehkan rakyat sabah masih menaruh keyakinan kepada Barisan Nasional.
“HARAPAN SETINGGI GUNUNG, JANGAN BERDERAI MENJADI DEBU”
Selasa, 7 April 2009
BATANG OK , BUKIT KO
Khamis, 2 April 2009
Kelebihan dan Keistimewahan Wanita
Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seorang wali Allah SWT. Wanita yang menguli tepung dengan membaca Bismillah akan diberkati Allah SWT akan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti membersihkan Baitullah. Wanita yang solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
"Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takut Allah SWT. Apabila ibu bapa memanggil kamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu. Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya, akan bertutup pintu-pintu neraka dan tebuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
Demikanlah besarnya anugerah Allah SWT kepada para wanita yang taat akan perintah Allah SWT, ajaran rasulNya, juga pada suaminya. Oleh itu marilah kita sama-sama bertafakur dan bermuhasabah diri sendiri. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita menubah sikap kita dari sekarang.
Wallahu A'lam.