Selasa, 18 Ogos 2009

48 JAM BERSAMA DJ UTARA.FM





Utarafm cuba memperluaskan rangkayan siarannya dengan mengadakan aktiviti rekod 48 jam bersiaran secara langsung dari 14-16 hb ogos 2009 bertempat bilik 101 marudu inn dan tepat bermula pada jam 6 petang 14hb dan dijangakan berakhir pada tepat jam 6 petang 16 hb.

Dengan kerjasama anggota kusnet yang bertungkus lumus bagi menjayakan misi dan visi program rekod 48 jam bersiaran langsung di utarafm boleh dikatakan cukup lasak dan sedia berkorban semata-mata untuk kebaikan dan masa depan pemimpian dan rakyat.

Sayangnya ramai yang tidak tahu akan fungsi utara.fm ini, ada yang menyangka bahawa radio utara fm online untuk orang-orang tertentu saja dan golongan sasar. Bagi yang pernah mendengar utara.fm on line ini mereka sendiri dapat apa yang mereka inginkan semasa mendengar dan berchetroll apa bila membuka laman www.utarafm.net atau http//:marudubloggers.blogspot.com.

Sudah semestinya utara.fm ini ingin memfokuskan kepada golongan sasar seperti remaja,pemimpin,artis,kakitangan kerajaan/swasta,toko-toko koprat dan lain-lain seperti mana radio-radio yang terdapat di negara kita.

Bukan semudah yang disangkkan dalam pengendalain arena siaraya ini, ia melibatkan bermacam-macam urusan dan perkara bagi menjayakannya. Walaubagaimanapun utarafm telah berjaya diutarkan selama 48jam tanpa henti. Syabas dan sekalung tahniah bagi mereka yang menjayakannya.

Semoga Utarafm ini dapat tempat dikalangan mereka yang melayari internet setiap masa.

Utara.fm “suara kami suara mereka” “macam biasa juga ba”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan