Khamis, 5 Mac 2009

Siapa ketua pergerakan pemuda umno malaysia?



Assalamualaikum, Salam sejahtera,salam perpaduan.

Soalan di atas akan terjawab pada 25.03.2009 nanti, cuma masih jadi tanda tanya siapa yang bakal menerajuhi pergerakan pemuda umno pusat 2009-2011. YB. Dato' Mukriz Tun Mahatir, YB. Dato' Seri Khir Toyo dan YB. Khairy Jamaluddin, antara calon-calon yang mempunyai latar belakang yang berbeza-beza namun matlamatnya sama.

Sepanjang kempen pemilihan pemuda umno berlangsung ketiga-tiga pemimpin ini telah turun kebahagian-bahagian seluruh negara untuk bertemu dengan perwakilan-perwakilan yang dianggap penentu masa depan pemuda, apakah situasi ini akan berulang apabila mereka telah bergelar Ketua Pemuda UMNO Malaysia? mudah-mudahan pemimpin ini tidak serik untuk turun semula kebahagian-bahagian.

Saya adalah salah seorang diantara 764 perwakilan dari 191 bahagian umno di Malaysia yang akan memilih(mengundi) semua jawatan yang dipertandingkan penghujung bulan Mac nanti. Apa yang jadi persoalannya siapa yang pilih? kata orang ikut hati mati, ikut rasa binasa," jadi saya perlukan pendapat dan pandangan rakan-rakan untuk sama-sama menilai ke tiga-tiga atau semua calaon yang bertanding dalam apa jua jawatan agar masa depan pemuda umno dan pemuda BN akan terus disegani dan dipercayai.

1 ulasan:

  1. Salam Coach..
    Jantung hati saya sedniri pun berdebar2 menanti keputusan itu nanti bukan sahaja pada Pemuda tetapi juga Puteri.
    Kalau Puteri UMNO, saya lebih nampak kaliber pada YB.Dato Shahaniza(Kak Sha). Walaupun saya tidak pernah berjumpa dengannya secara bersemuka tetapi kami kerap bersms..Dan biasanya NALURI tidak silap menilai.
    Untuk calon2 Ketua Pemuda UMNO Malayia ini pula, susah saya mau beri pandangan. Namun saya percaya setiap calon punya kekuatan tersendiri.Jadi harapan saya UNDILAH yang BETUL2 PANDAI MEMIMPIN dan tidal ALAMAS...hehe

    BalasPadam