Selasa, 31 Mac 2009

Aramai tii....PWTC


Pemuda Berani,Berani berubah,Setiakawan.
Akhirnya Pemuda Umno juga yang menang dan kalah. Namun ragam ahli Pemuda UMNO (perwakilan) yang hadir keperhimpunan Agung Pergerakan Pemuda adalah pelakar Organisasi Pemuda UMNO Malaysia 2008-2011.

Pengalaman pertama sebagai perwakilan (G2) yang mana sendiri melihat gelagat calon, perwakilan, pemerhati dan kelab penyokong. Calon-calon KP,NKP dan EXCO pada bulan 12.2008 lagi sudah buat kunjungan keseluruh negeri kecuali Sarawak hingga kesaat-saat akhir pada malam 24/03. Yang teramat sibuk adalah perwakilan dipanggil,dikunjungi,diangkat ke sana ke mari oleh wakil calon masing-masing.

Perwakilan Pemuda UMNO Sabah adalah yang paling muda-muda umurnya dan boleh dikatakan perwakilan spoting dan mesra hinggakan ada calon melawat ke penginapan kami hingga jam 5 pagi, pun mendapat layanan yang mesra dari perwakilan sabah. Para kelab penyokong calon masing-masing sangat agersif dan aktif dari luar perkarangan PWTC hingga kepintu dewan persidangan, bermacam-macam taktik ada yang menggunakan kad bernombor, risalah, buku, lencana dan pelbagai lagi cara agar calon mereka dapat tempat dihati perwakilan.

Pemerhati yang berkunjung dari seluruh negeri tidak kurang hebatnya, mereka juga tidak ingin ketinggalan mengikuti perkembangan secara lebih dekat. Ada pemerhati yang berjalan tak tahu nak kemana, ada yang membeli belah tak tahu nak beli apa, ada yang membaca tak tahu apa yang dibaca, macam-macam gelagat walaupun sesak satu macam ibarat ambil gaji di BSN berlapis 3 dalam satu lorong tua atau muda, dianggarkan di luar PWTC dan di dalam PWTC termasuk 3 dewan utama melebihi 50,000 orang pemerhati, kelab penyokong dan perwakilan, yang jadi tumpuan di luar dewan utama adalah skrin besar dan gerai-gerai .

Kabar angin yang menyatakan berlaku kekacawan dan macam-macam perkara yang tidak baik akan berlaku sebelum dan selepas perhimpunan tidak berlaku sama sekali malah calon, perwakilan, pemerhati dan kelab penyokong duduk bersama setelah selesai perhimpunan, kalau cerita tidak puas hati tu dimana-mana pun ada tetapi tidaklah menimbulkan sebarang masalah besar. Menjelang 29/03 semua calon menang dan kalah pemerhati dan penyokong serta perwakilan pulang ke negeri masing-masing dan ada yang ke batang ada yang ke bukit untuk membantu jentera BN dalam pilihanraya kecil.

Sekian, sedikit cerita dari PWTC.

1 ulasan:

  1. Salam Coach..
    ai..ai..inda kita terberjumpa d kl o. Fobia saya masuk PWTC tu terlampau ramai orang. Bikin seram lagi dengan pasukan sorak masing2.
    Apa pun semoga semua pucuk pimpinan yang dipilih akan melaksanakan tugas dengan baik.
    TAHNIAH kerana membuat pilihan yang bijak.. huhuhu

    BalasPadam