Selasa, 22 September 2009

Beraya Di Kampung Kebajang Baeufort






Suasana raya dari daerah dengan daerah lain memang ada perbezaan dan kelainanya. Saya sempat merakam beberapa gambar semasa beraya dari rumah ke rumah pada hari raya yang ke 3 di kampung Kebajang Beaufort, suasana berkunjung menjadi acara yang utama di kampung ini, hinggakan dalam sebuah rumah 1 hingga 5 keluarga berkunjung sekali gus bayangkan betapa sibuknya tuan rumah dan terujanya hati dan perasaan mereka, saya telah mengunjung 10 buah rumah dalam masa 2 jam, kemesraan tetap terpancar diwajah yang dikunjingi apatlagi kanak-kanak. Masa mungkin tidak mengizikan saya dengan keluarga untuk berkunjung lebih kurang 60 buah rumah lagi kerana ramai lagi keluarga terdekat yang mesti dikunjungi di labuan. Apa pun pengalaman beraya di kampung ini dan kampung berdekatan amat menyeronokan dan memenatkan lebih-lebih lagi perut dan mulut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan