Ahad, 19 Julai 2009

Mencari Pemimpin Yang Berkualiti

Siapakah pemimpin dan apakah erti tepat untuk merujuk maksud pemimpin? Ramai beranggapan pemimpin orang yang berpengaruh serta keupayaan untuk mencari pengikut. Insan seperti Tun Mahathir,Mahatma Gandhi, Nelson Mandela, Mao Tze Tung dan ramai lagi kesemuanya adalah pemimpin. Namun nilai dan kemampuan kepimpinan adalah berbeza antara satu sama lain. Dalam Islam, semestinya Nabi Muhammad SAW merupakan pemimpin unggul yang wajib dijadikan ikutan.

Amatlah mustahil sesebuah masyarakat boleh wujud tanpa adanya pemimpin. Penilaian yang obejktif ke atas kualiti pemimpin tercapai apabila individu berkenaan mampu menunaikan tugas dan amanah yang dimandatkan di bahunya. Persoalanya, apakah kriteria itu diambil kira sepenuhnya dalam menentukan seseorang pemimpin?

Sebenarnya, seserang pemimpin bukan setakat berkebolehan, berpendidikan dan diterima rakyat, akan tetapi harus mempunyai prinsip perjuangan yang jelas lagi tegas.

Mungkinkah saudara akan jadi pemimpin berkualiti untuk memimpin keluarga, masyarakat, rakyat dan negara? tidak mustahil... tepauk dada tanya selera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan