Isnin, 31 Ogos 2009

MERDEKA




Ayuh!!!
wahai anak Malaysia
bangkit lah dari lenamu
persiapkanlah diri mu
dengan ilmu yang terbuku
sedarlah kita anak Malaysia
sesungguhnya
ada perjuangan yang belum selesai
ada beban yang perlu dipikul
ada bahtera yang belum berlayar
ada anak belum bernama
ayuh!!!
demi meruahmu Malaysia
demi negaraku Malaysia
demi martabat anak bangsa Malaysia
merdekalah wahai anak bangsa Malaysia
pertahakan kemerdekan negaramu
walau tubuh mu menyembah bumi.

Jumaat, 28 Ogos 2009

SUNGKAI DI GERAI PONET




Alhamdulillah puasa pada hari ke 7 berbuka di gerai ponet yang mana telah dirancang oleh warga kusnet dan sam beberapa hari yang lalu. Sekali lagi lokasi ini menjadi tumpuan terutamanya ahli-ahli kusnet dan sam sambil berbuka puasa sambil berbincang beberapa masalah yang ingin diselesikan dan aktiviti yang bakal mendatang.

Sekali sekala berbuka puasa dengan rakan-rakan amat menyeronokkan, apatah lagi juadah yang terhidang di atas meja cukup menyelarakan. Sememangnya banyak gelagat-gelagat yang mencuit hati apabila berkumpul dan sama-sama menjamah juadah yang terhidang, begitu juga masa makan dan selepas makan, ‘faham-faham sajalah’ bagi mereka yang kaki rokok inilah masa yang ditunggu-tunggu.

Semoga hari-hari yang mendatang akan ada lagi aktiviti seperti ini tidak kira bulan puasa atau hari-hari yang lain demi mengheratkan silaturahim dikalangan rakan-rakan kusnet dan sam seterunnya rakan-rakan yang lain.

Jumaat, 21 Ogos 2009

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN smktkm


sebahagian pelajar dan guru yang menyaksikan forum kemerdekaan di dewan smktkm.


forum kemerdekaan "menyingkap kisah lama semasa perang dunia ke II dan tuntutan kemerdekaan" oleh sanguru, philip mairon dan pengacara cikgu Julan Rumansal


unit siaran luar Utara.fm sedang membuat liputan secara langsung di dewan smtkm. Bersama Dj.Tom, Dj Nong, Dj LM dan saya Dj Batman.



Sempat ditemu bual iaitu tuan pengetua Mr. Keng Chuan Seng dan seorang wakil pelajar mengenai aktiviti hari kemerdekaan dan perisian kemerdekaan tersebut.

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN





Sambutan hari kemerdekaan SK Tandek yang berlangsung pada 20/08/09 di dataran SK Tandek yang di hadiri oleh ibubapa, guru dan pelajar yang dijangkan seramai 500 orang. Kibarkan jalur gemilang dan sematkan dihati cinta kita kepada Negara. Si kecil gembira membawa dan mengibarkan jalur gemilang menjadi pewaris anak bangsa Malaysia yang tidak patah semangat juangnya. Para pelajar SK Tanek biar pun serba kekurangan namun semangat dan janji taat setia pada Negara Malaysia menjadi tanggungjawab dan amalan.

MAJLIS BERDOA UNTUK PELAJAR UPSR SK TANDEK 2009




Majlis berdoa untuk pelajar tahun 6 UPSR bersama ibubapa pada 20.08.2009 di kelas tahun 6 SK Tandek. Doa anya itulah jalan terakhir untuk kita mengharapkan sesuatu apabila kita kehendakan sesuatu. Amalan inilah yang wajib kita tanamkan dalam hati sanubari kita dan anak-anak semata-mata memohon keredhaan Nya. Allah maha pencipta dan maha pemurah dan kepada Naylah kita memohon segalanya, dengan doa dan usaha sajalah kita mampu mencapai sesuatu yang dihajati.


GERAI PONET











Kalau dilihat pada gambar pertama di atas siapa sangka gerai ini akan dikunjungi oleh artis ternama, dj-dj pro,orang kenamaan dan pengunjung lain. Terletak di pingan-pingan pitas, 30 kilometer dari Kota Marudu, sebuah kampung persisir pantai yang padat pendudukan sejak dahulu lagi, dan kawasan ini juga melahirkan pemimpin-pemimpin bagi masyarakat daerah pitas.
Gerai Ponet yang diberi nama oleh otai Utara.fm iaitu saudara dj rumputt telah lama memberikan perkhidmatan hiburan,info dan berbagai lagi untuk rakan-rakan dalam talian internet dan penduduk setempat.
Salah seorang artis yang sempat saya bersama pada waktu itu adalah nazrey bekas penyanyi kumpulan Raihan, nazrey raihan juga sempat ditemu bual oleh dj-dj utara.fm secara langsung ditalian utara.fm dan berchating di chatroll kusnet bersama peminat-peminta nazrey.
Gerai ponet ini juga adalah pusat pertemuan antara crew-cerw dan dj-dj utara.fm. gerai ponet juga menyedikan mini kaunti untuk bersiaran di radio utara.fm. secara oline.

Selasa, 18 Ogos 2009

WUJUDKAN DUN LANGKON





ARKIB : 18/08/2009-utusan malaysia Wujudkan semula kerusi DUN Langkon

KUDAT 17 Ogos - UMNO Bahagian Kota Marudu meminta kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkon dalam Parlimen Kota Marudu diwujudkan semula bagi membolehkan UMNO memperjuangkan nasib penduduk di kawasan itu.

Ketuanya, Wetron @ Mohd. Fikri Bahanda berkata, cadangan itu ditimbulkan bukan bermakna masyarakat di situ diabaikan tetapi kerana Kota Marudu sebuah daerah luas.

"UMNO tidak mahu rebut kerusi atau kacau kuota komponen Barisan Nasional (BN) lain, kita mahu hubungan sesama kita kekal sampai bila-bila, tetapi kita juga mahu menyumbang.

"Kita harap melalui persempadanan baru yang dicadangkan, UMNO Kota Marudu akan diberi kerusi melalui pengwujudan semula DUN Langkon yang dibatalkan sebelum ini," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kudat dan Kota Marudu yang dihadiri kira-kira 1,500 perwakilan di Dewan Tun Mustapha di sini semalam.

Perasmiannya disempurnakan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Turut hadir Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin dan Ketua UMNO Kudat, Bolkiah Ismail.

Kerusi DUN Langkon sebelum ini dimiliki Parti Bersatu Sabah (PBS) dan dibatalkan setelah persempadanan semula dilakukan iaitu sebelum Pilihan Raya Umum ke-9 pada 1995.

Fikri berkata, kewujudan semula kerusi DUN Langkon adalah perlu memandangkan Parlimen Kota Marudu hanya mempunyai dua kerusi DUN iaitu Matunggong dan Tandek.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, UMNO Kota Marudu berharap daerah itu dibangunkan dengan projek pertanian berskala besar bagi membantu penduduknya.

Katanya, rata-rata mereka adalah petani yang masih hidup di bawah paras kemiskinan dan amat memerlukan bantuan kerajaan.

Sementara itu, Bolkiah yang juga ADUN Pitas menyeru ahli-ahli UMNO supaya merapatkan barisan dan melupakan perbalahan atau rasa tidak puas hati selepas pemilihan parti baru-baru ini.

Jelasnya, jika ahli-ahli UMNO terus bersengketa, perbuatan itu hanya akan merugikan parti sedangkan UMNO perlu bangkit dan memenangi pilihan raya umum akan datang.

48 JAM BERSAMA DJ UTARA.FM





Utarafm cuba memperluaskan rangkayan siarannya dengan mengadakan aktiviti rekod 48 jam bersiaran secara langsung dari 14-16 hb ogos 2009 bertempat bilik 101 marudu inn dan tepat bermula pada jam 6 petang 14hb dan dijangakan berakhir pada tepat jam 6 petang 16 hb.

Dengan kerjasama anggota kusnet yang bertungkus lumus bagi menjayakan misi dan visi program rekod 48 jam bersiaran langsung di utarafm boleh dikatakan cukup lasak dan sedia berkorban semata-mata untuk kebaikan dan masa depan pemimpian dan rakyat.

Sayangnya ramai yang tidak tahu akan fungsi utara.fm ini, ada yang menyangka bahawa radio utara fm online untuk orang-orang tertentu saja dan golongan sasar. Bagi yang pernah mendengar utara.fm on line ini mereka sendiri dapat apa yang mereka inginkan semasa mendengar dan berchetroll apa bila membuka laman www.utarafm.net atau http//:marudubloggers.blogspot.com.

Sudah semestinya utara.fm ini ingin memfokuskan kepada golongan sasar seperti remaja,pemimpin,artis,kakitangan kerajaan/swasta,toko-toko koprat dan lain-lain seperti mana radio-radio yang terdapat di negara kita.

Bukan semudah yang disangkkan dalam pengendalain arena siaraya ini, ia melibatkan bermacam-macam urusan dan perkara bagi menjayakannya. Walaubagaimanapun utarafm telah berjaya diutarkan selama 48jam tanpa henti. Syabas dan sekalung tahniah bagi mereka yang menjayakannya.

Semoga Utarafm ini dapat tempat dikalangan mereka yang melayari internet setiap masa.

Utara.fm “suara kami suara mereka” “macam biasa juga ba”

Khamis, 13 Ogos 2009




KIBARLAH JALUR GEMILANG

SAYA ANAK MALAYSIA
KAMU ANAK MALAYSIA
DIA ANAK MALAYSIA
KITA ANAK MALAYSIA

Rabu, 12 Ogos 2009

MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN







MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN P. 168 KOTA MARUDU
090809 DI DEWAN KOMUNITI KOTA MARUDU
DIRASIMKAN OLEH Y.A.B TAN SRI DATO' HAJI MUHIDDIN MOHD YASSIN
TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PELAJARAN.

Sesungguhnya, persidangan kali ini sangat signifikan kepada kita semua disebabkan baut pertama kalinya dalam Perhimpunan Agung pada bulan Oktober depan UMNO diterajui oelh saf kepimpinan yang baru di bawah kepimpinan Y.A.B Dato' Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak selaku Presiden UMNO dan Y.A.B Tan Sri Dato' Haji Muhiddin Mohd. Yassin sebagai Timbalan Presiden, yang pastinya akan mencetus semangat dan transformasi baru terhadap apa jua cabaran dalam merelisasikan misi perjuangan kita selama ini.

MESYUARAT PERWAKILAN PEMUDA UMNO






MESYUARAT PERWAKILAN PEMUDA UMNO 080809 DI DEWAN SMK TANDEK DIRASMIKAN OLEH YBHG WETROM@MOHD.FIKRI BAHANDA,
KETUA UMNO BAHAGIAN P.168 KOTA MARUDU

Bersesuaian dengan cabaran dan perkembangan politik semasa serta harapan dan amanah dara ahli parti dan rakyat, amatlah wajar bagi UMNO untuk merangka pendekatan dan stretegi bagi memastikan kelangsungan peranannya sebagai parti yang menjadi tunggak pemerintah.
Pada dasarnya, kepimpinan yang bakal diwujukan harus membawa pendekatan baru, bagi menempa sebuah zaman baru, demi menjelmakan barisan kepimpinan yang mengutamakan prestasi berpaksikan keutaman iaitu ahli didahulukan pencepaian diutamakan, Kita perlu rapatkan hubungan sesama ahli UMNO dan kepimpinan dri dikelirukan dan diperdaya oleh permainan muslihat pembangkang.
Rukun pemuda penting bagi parti keramat kita ini kerana UMNO bertitik tolak daripada satu perkataan iaitu berkhidmat dan sebab itulah cogan katanya memerlukan orang UMNO untuk bersatu dan bersetia bagi bersama-sama berkhidmat untuk rakyat demi agama,bangsa dan negara.

Ahad, 2 Ogos 2009

SEBELUM ADA MANGSA.........







Sebelum ada mangsa lebih baik kita warwarkan dulu dan maklumkan apa jua yang kita lihat boleh mendatangkan masalah kepada manusia dan lain-lain. Tidak salah kerajaan memberikan kemudahan untuk rakyat malah ianya dituntut oleh rakyat. Apa yang berlaku disebalik kemudahan yang telah diberikan adalah kesempurnaan dan keselamatan kemudahan tersebut tidak mendatangkan bahaya kepada pengguna.

Bagi pereka dan pemantau kerajaan sudah seharunya tahu akan kerja dan tanggungjawab mereka, begitu juga kepada ci pelaksana projek mempunyai lesen yang bertauliah, diperakukan kerja-kerja yang telah dibuat, namau apakah dan dimanakah silapnya, atau terlepas pandang kahn dari pihak kerajaan atau pelaksana soal keselamatan satu-satu projek. Sebelum Ada Mangsa............

Contohnya jambatan baru Tandek lalu utama pelajar sekolah....