Rabu, 29 Julai 2009

PASUKAN SUSAH SANANG




Pasukan bola tampar MSKPPM kota marudu 2009. Kecundang dengan pasukan kudat dan mengalakan pasukan kota belud dan pitas. Pasukan KM juara MSKPPM 2008 dalam acara ini dan tempat ke 2 pada 2009. Apapun pasukan ini susah sanang tanggung bersama, ramai pemainnya yang telah belasan tahun masih bermain semata-mata untuk daerah Kota Marudu dan masih berkemampuan bersaing dengan pemain muda.

Tahiah diucapkan kepada pemian bola tampar MSKPPM KM 2009:- Bolo,saimin,yusni,liew,rizal,manan,sabran,jamil,anton,dahlan,ady,sofian dan wan.

Isnin, 27 Julai 2009

POKOK RUMBIA






Pokok Rumbia boleh dikategori dalam pokok serba guna. Antara yang menariknya pokok ini menghasilkan sejenis makanan yang digemari penduduk setempat dan menganggapnya makanan asasi ke dua mereka. Sagu atau Ambuyat tidak asing lagi bagi penduduk sabah terutamnya dikawasan pedalaman bawah, Sipitang, Beaufort,Papar dan WP. Labuan.

Minggu lalu sempat singgah ke sebuah kampung di daerah beaufort, kampung kebajang selepas kampung Gadung, melihat cara membuat sagu atau ambuyat. Cara ini bukan tradisional tapi campur -campur cara sediri.

Isnin, 20 Julai 2009

RADIO KITA [ utara.fm


Rasanya baru pertama kali saya bersiaran, meminta lagu dalam radio online ni. Tahniah kepada yang terlibat dalam pengujudan radio online sabahan [utara.fm]. Siapa kata kita tidak boleh membuat seuatu yang belum pernah orang lain buat, jelas dan terbukti rakan-rakan SAM boleh melakukannya. Tunggu dan lihat mungkin ada lagi benda baru akan muncul dalam online SAM.

Utara.fm bukan saja menyiarkan lagu-lagu tapi info terkini dari sekitar utara sabah. Utara.fm juga mempunyi penyampai [ DJ ] jarak dekat dan jarak jauh itulah kelebihannya dan kelainan dari radio yang ada ditanah air kita.

Kalau lah boleh saya mencadangkan tambah liputan berita, iklan dan info sukan sekitar Kota Marudu dan Pitas pun jadilah.

"KITA BOLEH BAH"


Ahad, 19 Julai 2009

Mencari Pemimpin Yang Berkualiti

Siapakah pemimpin dan apakah erti tepat untuk merujuk maksud pemimpin? Ramai beranggapan pemimpin orang yang berpengaruh serta keupayaan untuk mencari pengikut. Insan seperti Tun Mahathir,Mahatma Gandhi, Nelson Mandela, Mao Tze Tung dan ramai lagi kesemuanya adalah pemimpin. Namun nilai dan kemampuan kepimpinan adalah berbeza antara satu sama lain. Dalam Islam, semestinya Nabi Muhammad SAW merupakan pemimpin unggul yang wajib dijadikan ikutan.

Amatlah mustahil sesebuah masyarakat boleh wujud tanpa adanya pemimpin. Penilaian yang obejktif ke atas kualiti pemimpin tercapai apabila individu berkenaan mampu menunaikan tugas dan amanah yang dimandatkan di bahunya. Persoalanya, apakah kriteria itu diambil kira sepenuhnya dalam menentukan seseorang pemimpin?

Sebenarnya, seserang pemimpin bukan setakat berkebolehan, berpendidikan dan diterima rakyat, akan tetapi harus mempunyai prinsip perjuangan yang jelas lagi tegas.

Mungkinkah saudara akan jadi pemimpin berkualiti untuk memimpin keluarga, masyarakat, rakyat dan negara? tidak mustahil... tepauk dada tanya selera.

PERMAINAN DULU HINGGA SEKARANG

Terkenang semasa zaman kanak-kanak dulu bermacam-macam permainan tidak kira masa sekolah atau diluar sekolah dalam fikiran asik bermain saja. Bermain membuat hati kita dizaman kanak-kanak rasa gembira dan seronok, kadang-kadang pandai juga marah kerana kalah.

Permainan-permainan ini tidak dianggap pertandingan tapi ada kalah menangnya, tambah seronok kalau menang cerita kemenangan berlarutan hingga 2 3 hari heheheee…. Seronoknyaa…

Terkadang permainan-permainan ini bermusim di suatu-suatu tempat dan ada permainan khas untuk lelaki sahaja begitu juga dengan perampuan, ada kalanya bermain bersama-sama.

Antara permainan yang paling digemari ketika dulu di kampung-kampung ialah

1. main guli

2. main tinting

3. main getah bulat/pasat/zero point

4. main biji getah

5. main simban

6. main lo lopong

7. main tapuk-tapuk

8. main kayu tiga

9. main gala panjang

10. main tutup-tutup mata

11. main round das

12. main layang-layang

13. main kombet-kombet

macam-macam lagi permainan,kawan-kawan ingat sendirilah apa permainan dizaman kanak-kanak dulu. Apa pun kenangan tetap kenangan, jangan kita lupa bahawa dizaman kita dulu kawan,sahabat,rakan,saudara itulah yang kita cari sebenarnya. Tidak salah kalau kita mengajar anak-anak kita bermain seperti mana kita dizaman kanak-kanak dahulu.